Kelas Asas Microsoft Word Jkkk Sungai Malau.
2 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 April 2018, telah diadakan kelas asas menaip menggunakan perisian Microsoft Office Word bersama JKKK Sungai Malau. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi dengan sedikit pengenalan kepada komputer dan juga internet. Selepas itu, peserta menjalankan ujian Speed Typing untuk menilai kecekapan dan kecepatan menaip. Kemudian, peserta diperkenalkan dengan Microsoft Word dan didedahkan dengan cara penggunaannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: